Thursday, October 22, 2009

Salah Satu Peluang I
Saya menjenguk beberapa blog yang pro-PAS yang saya anggap kritikal tetapi pembawaannya sedikit emosional. Saya kurang pasti motif ataupun objektifnya. Ianya mungkin di dorong sifat terlalu sayangkan jamaah sehinggakan menampakkan sedikt ketidakwarasan aataupun kekurangan adab seperti menulis tuduhan fraksi PAS-Terengganu, pro-UMNO, gesaan meletak jawatan atau di pecat. Sifat terlalu sayangkan jamaah mungkin boleh disetarakan seperti tindakan Sayyidina Umar apaila RasulALLAH wafat. Maka akan ada komen-komen yang membalas tulisan tersebut sama ada menyokong atau membidas tulisan blogger berkenaan.

Satu perkara yang mungkin tidak disedari, tatapan blog adalah untuk umum/publik, dikhuatiri apa saja yang di tulis atau dikomen kemudiannya akan menjadi fitnah dan/atau peluru atau senjata untuk menikam PAS semula. Fitnah itu akan bersambung dan amat sukar dihentikan di alam siber ini apatah lagi untuk membetulkannya. Maka dosa fitnah itu akan bersambungan ke generasi seterusnya. Apakah ada manusia Islam yang sanggup menanggung dosa yang berterusan itu. Yang pasti tuan punya diri yang diperkatakan itu akan mendapat pahala free. Begitu juga jika tulisan dan komen bertukar menjadi peluru atau senjata yang akan menikam PAS yang mungkin menyebabkan PAS akan kalah di pilihanraya akan datang (walaupun prinsip dan perjuangannya tetap menang di sisi ALLAH). Adakah penulis dan pengkomen bersedia menjawabnya kelak. Getusan, kekecewaan, kekesalan selepas kalah adalah sesuatu yang pedih, tetapi adalah lebih pedih jika kekalahan itu disumbangkan oleh tindakan ahli atau penyokong itu sendiri (yang beranggapan tindakan sekarang adalah untuk memperbaiki/membetulkan keadaan atau memperkuatkan/memperkasakan PAS).

Padang politik Malaysia bukannya bersifat straight forward. Terlalu banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dan memerlukan tindakan yang bijaksana dan bijaksini. Aspek seperti sentimen agama dan kaum/bangsa, hubungan dengan pegawai kerajaan, hubungan dengan Sultan/istana, hubungan bersama masyarakt awam, kekuatan ilmu dan maklumat kepada masyarakat ramai, hubungan sesama kawan di dalam PR. Apatah lagi jika ianya berkait langsung dengan makhluk bernama manusia yang mempunyai perasaan, isi hati dan nafsu. Segala isu yang timbul memerlukan penelitian yang mendalam terhadap aspek-aspek berkenaan. Tindakan yang diambil bukan saja memerlukan kepantasan, betul dan tepat, keadilan, hikamah dan kebijaksanaan/sinian tetapi juga memerlukan sandaran petunjuk Ilahi.

Saya teringat satu kesimpulan ctatan yang dibuat oleh Sdr Muhaimin Sulam di dalam blognya apabila TGHH menyatakan janganlah sesuatu kesilapan itu dibaiki dengan kesilapan yang lain. WaALLAHu a'alam.

No comments:

Post a Comment