Tuesday, October 27, 2009

Separuh Penuh & Separuh Kosong - I

Saya membaca blog - Greenboc yang saya kira bersifat kritikal, vocal dan terbuka. Akhir2 ini ia banyak mengutarakan penulisan yang tidak menyokong malah membuka persoalan mengenai kepimpinan PAS yang akhirnya tidak menyumbang kepada pembinaan kekuatan PAS (mungkin lebih kepada pembersihan kualiti pimpinan PAS). Dari satu sudut blog berkenaan mungkin membina kekuatan pimpinan tertinggi PAS - Mursyidul Am, apakah ianya akan memberi kekuatan kepada jamaah. Satu analogi yang mungkin boleh dipakai adalah selepas kewafatan RasulALLAH, ditakdirkan jawatan khalifah diserahkan kepada Sayyidina Ali, apakah ummah dan negara Islam Madinah akan terus terbina kekuatannya atau tindakan sahabat lain yang menyelusuri majlis syura perlantikan khalifah itu yang terbaik bagi ummah. Renungan mudah - kekuatan peribadi hanya dari ALLAH seperti Rasul2 dan Nabi2.

Saya kurang pasti persepsi terhadap PAS dan natijah yang akan terhasil daripada isu berkenaan di blog tersebut. WaALLAHu a'alam

Thursday, October 22, 2009

Salah Satu Peluang I
Saya menjenguk beberapa blog yang pro-PAS yang saya anggap kritikal tetapi pembawaannya sedikit emosional. Saya kurang pasti motif ataupun objektifnya. Ianya mungkin di dorong sifat terlalu sayangkan jamaah sehinggakan menampakkan sedikt ketidakwarasan aataupun kekurangan adab seperti menulis tuduhan fraksi PAS-Terengganu, pro-UMNO, gesaan meletak jawatan atau di pecat. Sifat terlalu sayangkan jamaah mungkin boleh disetarakan seperti tindakan Sayyidina Umar apaila RasulALLAH wafat. Maka akan ada komen-komen yang membalas tulisan tersebut sama ada menyokong atau membidas tulisan blogger berkenaan.

Satu perkara yang mungkin tidak disedari, tatapan blog adalah untuk umum/publik, dikhuatiri apa saja yang di tulis atau dikomen kemudiannya akan menjadi fitnah dan/atau peluru atau senjata untuk menikam PAS semula. Fitnah itu akan bersambung dan amat sukar dihentikan di alam siber ini apatah lagi untuk membetulkannya. Maka dosa fitnah itu akan bersambungan ke generasi seterusnya. Apakah ada manusia Islam yang sanggup menanggung dosa yang berterusan itu. Yang pasti tuan punya diri yang diperkatakan itu akan mendapat pahala free. Begitu juga jika tulisan dan komen bertukar menjadi peluru atau senjata yang akan menikam PAS yang mungkin menyebabkan PAS akan kalah di pilihanraya akan datang (walaupun prinsip dan perjuangannya tetap menang di sisi ALLAH). Adakah penulis dan pengkomen bersedia menjawabnya kelak. Getusan, kekecewaan, kekesalan selepas kalah adalah sesuatu yang pedih, tetapi adalah lebih pedih jika kekalahan itu disumbangkan oleh tindakan ahli atau penyokong itu sendiri (yang beranggapan tindakan sekarang adalah untuk memperbaiki/membetulkan keadaan atau memperkuatkan/memperkasakan PAS).

Padang politik Malaysia bukannya bersifat straight forward. Terlalu banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dan memerlukan tindakan yang bijaksana dan bijaksini. Aspek seperti sentimen agama dan kaum/bangsa, hubungan dengan pegawai kerajaan, hubungan dengan Sultan/istana, hubungan bersama masyarakt awam, kekuatan ilmu dan maklumat kepada masyarakat ramai, hubungan sesama kawan di dalam PR. Apatah lagi jika ianya berkait langsung dengan makhluk bernama manusia yang mempunyai perasaan, isi hati dan nafsu. Segala isu yang timbul memerlukan penelitian yang mendalam terhadap aspek-aspek berkenaan. Tindakan yang diambil bukan saja memerlukan kepantasan, betul dan tepat, keadilan, hikamah dan kebijaksanaan/sinian tetapi juga memerlukan sandaran petunjuk Ilahi.

Saya teringat satu kesimpulan ctatan yang dibuat oleh Sdr Muhaimin Sulam di dalam blognya apabila TGHH menyatakan janganlah sesuatu kesilapan itu dibaiki dengan kesilapan yang lain. WaALLAHu a'alam.

Tuesday, October 20, 2009

Salah Satu Cabaran
Saya menulis komen didalam blog Greenboc dibawah tajuk - Era Najib Altantuya: Memang PAS Dipimpin oleh Pro-UMNO
Kepada semua:- Selusuri seerah sahabat - Sy Ali and his team, Muawiyah and his team, Abu Dzar; juga sejarah kepimpinan Islam yanh lain. Kalau barisan kepimimpinan PAS mengambil pendekatan politik bahawa UMNO dan orang UMNO (termasuk pimpinannya) adalah "musuh" PAS dahulu, kini dan selamanya - adakah ini bukan seperti tindakan politik Khawarij? Kalau kepimpinan PAS mengambil pendekatan politik "bersatu" bersama DAP dan PKR bukankan ini melanggar prinsip aqidah perjuangan seperti yang dinukilkan oleh Almarhum Ust Fadzil Noor? Fahamilah PAS sebagai "al-ghuraba'", tahalluf siyasi. Secara peribadi tindakan kepimpinan PAS yang diketuai oleh TG Presiden akan hanya diketahui kebijaksanaannya selepas pemergian beliau. Apatah lagi beliau pernah memimpin Negeri Terengganu pada 1999-2004 yang menghadapi cabaran, tohmahan, penentangan dari masyarakat melayu dan kakitangan kerajaan sendiri. Saya berpendapat tindakan Dr Hassan Ali di Selangor (dan beberapa tindakan Ust Azizan di kedah) adalah lanjutan "lesson learnt" dari kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 Pemimpin yang wara' tak akan cerita segalanya kepada orang bawahan. Hanya orang bawah yang kadangkala gelojoh, anggap lebih pandai, teruja dengan "gaya" kepimpinan dan buah fikiran orang lain tanpa menyedari pentingnya petunjuk Ilahi. Saya lebih suka berpendapat lebih baik kalah dalam pilihanraya jika ianya dapat menyelamatkan saya dari api neraka berbanding menang tapi mejauhkan saya dari syurga. WaALLAHu a'alam